Monday, 11 February 2019

SENARAI SEMAK TEMUJANJI DENGAN PEGAWAI PERUBATAN

cikgu pemulihan ni mcm2 rintangan kita kena hadapi... termasuklah layan kerenah murid... mcm mana skill utk kita tackle anak kesayangan kita tu supaya berminat nak belajar...dan tak lupa juga untuk murid-murid yang berkeperluan khas...

tahun ni cikgu ade seorang.... hehe.. mmg kalo dalam kelas...ku layankan aje... xboleh marah2 ye....aduh~aduh sayang je dgn mereka2... cikgu amalkan dasar Kasih Sayang~~~

berikut cikgu share kan... senarai semak utk rujuk murid kita yang kita kenalpasti berkemungkinan mempunyai keperluan khas dengan pendidikan yang khas dan cara yang khas..


SENARAI SEMAK
1. Murid Hadir dengan ibubapa/penjaga
2. Surat kebenaran daripada ibubapa
3. kad oku sekiranya ada
4. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah dalam pembelajaran yang telah diisi guru.
5. Instrumen Senarai Semak Disleksia
6.Borang Soal Selidik perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak (optional)
7.Dokumen Sokongan (hasil kerja murid,ujian murid etc..)
8. Borang Permohonan Pendaftaran OKU
9. Bawa Rekod Kesihatan Murid semasa Bayi.
   
Dapatan cikgu semasa menghadiri mesyuarat pemulihan negeri Kelas PPKI KPKP sekarang ni mengamalkan 'Zero Policy Reject' dimana sekiranya kita dapat mengenalpasti murid yang berkemungkinan mempunyai ciri-ciri special...boleh la rujuk terus dengan kelas ppki dalam tempoh percubaan penempatan selama 3 bulan....sangat memudahkan..dan tak perlu melalui proses yang sukar dan mengambil tempoh masa yang lama untuk rujuk murid tersebut.





No comments: